Thursday 12 November 2015

Rugi Wang vs Untung Emas

Anda RUGI Simpan Wang Kerana...
💸💸💸💸💸💸💸💸💸💸💸💸

💸Keuntungan setakat 4-8 % dalam setahun
💸Hanya pihak bank yang beli matawang
💸Ekonomi merudum, nilai matawang turut jatuh teruk
💸Hari demi hari nilai matawang semakin murah
💸Sifatnya yang mudah dicetak dan menyebabkan inflasi
💸Wang dalam bentuk kertas ataupun syiling boleh dimusnahkan dan tidak lagi boleh digunakan
💸Matawang ringgit Malaysia hanya boleh digunakan di negara kita dan tidak di negara lain

Anda UNTUNG Simpan Emas Kerana...
✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨

✨Untung 20-40 % dalam setahun atau lebih
✨Terdapat banyak pihak yang bersedia untuk membeli emas jadi tak rugi anda simpan emas
✨Ekonomi merudum, harga kekal atau menjadi lebih tinggi
✨Sebaliknya emas semakin mahal nilainya
✨Emas sukar untuk diciplak dan sangat berpotensi meningkatkan ekonomi 
✨Emas walaupun dilentur, nilainya masih mahal dan boleh digunakan
✨Anda boleh gunakan emas untuk membeli belah walaupun di negara Afrika!

Wednesday 11 November 2015

Apa yang saya lakukan apabila dapat gaji?!

Kalau bagi penyimpan,tak sarankan multiply ni... Saya ada buat sedikit karangan, kalau salah boleh tegur...

Kepada yang masih ada gaji bersih tu aku sarankan guna lah formula ni untuk menabung emas... Ini lah formula yang aku buat dari mula 0 sampai lah kena "SONTOT" dengan member sendiri... Beli & simpan... Jadikan ianya sebagai aset... Jangan cuba-cuba follow program sebab dari mata kasar prosesnya telus, namun dibelakangnya penuh dengan tipu muslihat...

Apa yang saya suka lakukan bila dapat gaji...?

Hanya perlu 4bulan untuk membuat simpanan sebanyak 10g emas padu 916...

Sebagai contoh :
Pada bulan 8/4/2014 Azmi menerima gaji bersih sebanyak RM1,700.

Setiap bulan Azmi akan membelanjakan sebanyak RM1,200 untuk pembayaran
bulanan kereta,rumah,utiliti,barang dapur dan petrol.

Tetapi sebelum membelanjakan duit-duit tersebut, Azmi akan memastikan dia membeli 10g barang kemas padu berketulinan 916.

Azmi membelinya pada 8/4/2014 dengan harga RM140/g x 10g = RM1,400 sahaja.

Selepas itu Azmi membawa barang tersebut ke Ar-Rahnu Yapeim pada hari yang sama dan memajakkan barang tersebut dengan harga MARHUM iaitu RM139/g x 10g = RM1,390.

Kemudian Azmi membuat pinjaman sebanyak 65% dari harga MARHUM iaitu sebanyak RM903.50.

Jadi dari RM1,700 - RM1,400 = RM300 , RM903.5 (duit pajak) + RM300 (baki gaji) = RM1,203.5 (jumlah baki gaji).

Setelah duit tersebut digunakan untuk membeli emas 10g dan dipajakkan, baki gaji Azmi ialah RM1,203.5.

Duit baki tersebut sekarang digunakan untuk pembayaran bulanan kereta,rumah,utiliti,barang dapur & petrol.

Kalau anda perasan, Azmi hanya menggunakan RM496.5 untuk membeli barang kemas sebanyak 10g tadi.

Arrahnu memberi tempoh selama 6bulan untuk tebus barang samaada secara tunai atau bulanan.

So kita ambil tempoh selama 3bulan sahaja, RM903.5 / 3bulan = RM301 + RM10 (upah simpan 10g) .

Azmi hanya perlu membayar RM311.50 setiap bulan selama 3bulan untuk menebus barang kemas 10g yang dipajakkan tadi.

Selepas 3bulan, Azmi mempunyai barang kemas sebanyak 10g ditangan dan jika dalam masa 1thn Azmi mengulangi turutan seperti diatas sebanyak 3kali iaitu selama 12bulan.

Bulan 1 - Beli emas 10g & pajak
Bulan 2 - Bayar hutang pajakan
Bulan 3 - Bayar hutang pajakan
Bulan 4 - Bayar hutang pajakan & terima barang 10g tersebut

Azmi akan memperolehi simpanan sebanyak 30gram setahun.

Adalah cukup berbaloi untuk memiliki simpanan sebanyak 30gram setahun disaat ekonomi dunia yang tidak stabil.

Diharap dengan sedikit penjelasan ini dapat membantu sahabat-sahabat yang ingin memulakan simpanan emas fizikal.

# Sesuaikan dengan harga semasa...
# Nak seribu daya, tak nak seribu dalih....