Saturday 16 April 2016

EMAS AKAN KEMBALI MENJADI DUIT

SOALAN:

Bila matawang meleset, para pelabur emas juga akan timbul masalah. Wang kertas tak laku, maka mcam mana emas dpt dicairkan. Mampu ke org membayar dlm bentuk tunai?

JAWAPAN SAYA:

Emas dan duit kertas tu hanyalah digunakan sebagai PENYIMPAN NILAI dan MEDIUM TRANSAKSI utk dapatkan keperluan hidup sahaja.

Emas kalau jatuh ia masih EMAS. Duit kalau jatuh ia hanyalah KERTAS. Jadi kalau duit kertas tak laku, mana lebih selamat nilainya? Emas atau duit kertas?

Semua orang akan susah kalau duit kertas tak laku, tetapi orang yang simpan emas, kekayaannya masih selamat. Kekayaan yang ada itulah yang akan digunakan untuk dapatkan keperluan hidup.

Beli emas ni macam ambil insuran. Ia tak membuatkan kita kaya raya, tapi bila berlaku musibah kepada kewangan dan ekonomi, kita tak jatuh miskin... InsyaAllah...
.
#tipspelaburanemasfizikal
#simpanemas #wangemas
#1gram1bulan1keluarga

Friday 8 April 2016

Apa itu LBMA???

Apa itu LBMA?

LBMA ialah suatu badan induk yang berpusat di London.

Ianyanya adalah badan utama yang mengawal dan menentukan pasaran emas dan perak diseluruh dunia. Samada dari aspek harga, ketulenan, kuantiti, standard dsb.

LBMA ditubuhkan pada tahun 1987 oleh Bank of England dan keahlian sehingga kini lebih kurang 150 syarikat dari seluruh dunia termasuk pelombong, bank , pembekal,
pengilang, pelabur dan pelebur.

Bukan semua syarikat pengeluar emas & perak yang di akreditasikan oleh LBMA,

hanya syarikat terpilih yang memenuhi kriteria saja boleh berada dibawah LBMA.

Contoh syarikat yang di akreditasikan oleh LBMA adalah seperti Pamp Suisse,Perthmint, Valcambi, Nadir Metal Refineri dll.

Nadir Metal Refineri salah satu syarikat yang tersenarai di LBMA. Nadir Metal Refineri terletak di negara Turki.

Ianya adalah sebuah syarikat Muslim dan pengeluar emas & perak terbesar di Turki.