Wednesday 7 September 2016

DANA KECEMASAN SEBELUM BELI EMAS

Oleh: Mohd Zulkifle Shafie

Dalam seminar emas di PG Sunway malam tadi, seorang peserta kongsikan pengalaman dia beli gold bar 50 gram ketika harganya sekitar RM8,000 (RM160/g). Tetapi bila nak pakai duit, dia terpaksa jualnya pada harga sekitar RM6,500 (RM130/g) iaitu ketika harga emas di paras terendah.

Jadi dia tanya saya, bukankah rugi beli emas?

Saya bagi tahu dia, harga emas confirm ada turun naik. Itu saya JAMIN. Mustahil lepas beli emas, harga emas terus naik dan tak turun-turun.

Saya mula membeli ketika RM140/g. Saya pernah beli pada harga RM200/g. Lepas tu, harga pernah turun serendah RM133 per gram. Maksudnya harga naik turun tu perkara biasa. Yang membezakannya ialah, macam mana kita menguruskan pembelian tu.

Cara yang betul, sebelum beli emas sebagai "pelaburan", kita perlu ada SIMPANAN KECEMASAN sekurang-kurangnya berjumlah 3 bulan pendapatan dalam betuk TUNAI di bank. Kalau berlaku hal kecemasan, kita tak perlu jual emas tu sebab kita dah ada dana kecemasan.

Siapa beli emas tanpa ada simpanan kecemasan, dia akan cemas bila harga emas turun. Sebaliknya kalau dah siap dengan dana kecemasan, kita akan tersenyum lebar bila harga turun sebab itulah peluang untuk membeli "barang mahal" dengan harga murah...

#tipspelaburanemas #danakecemasan #tradingemas #tipskewanganperibadi

No comments:

Post a Comment