Friday 25 December 2015

PSIKOLOGI TIADA DUIT


Bila duit dah ditukar menjadi emas, kekadang kita rasa 'cemas' tak ada duit walaupun dalam simpanan kita sudah ada 1 kilo emas.
.
Padahal kalau nak pakai duit, boleh je jual emas-emas tu pada bila-bila masa atau pajak sahaja di ar-rahnu buat sementara waktu.
.
Psikologi 'tak ada duit' itu sebenarnya memaksa kita ambil TEMPOH BERTENANG sebelum berbelanja. Jadi 'duit simpanan' kita bertahan lebih lama dan menutup nafsu berbelanja pada perkara-perkara yang bukan benar-benar keperluan.
.
Salah satu cara menyelesaikan masalah duit simpanan yang selalu bocor ialah tukarkan ia kepada emas. Emas memberi KESAN EMOSI yang kuat untuk mengumpulnya dan rasa sayang nak jual semula.
.

No comments:

Post a Comment